Aku telah membaca artikel tentang lelaki ini yang dituduh membunuh anaknya. Aku agak terpegun apabila aku ternampak tajuk artikel ini. Tidak pernah aku nampak seseorang yang terlalu kejam sehingga dia boleh membunuh anaknya sendiri. Artikel ini menceritakan bagaimana lelaki itu membunuh anaknya. Lelaki ini, berusia 36 tahun, telah melempar anak perempuannya ke dalam Sungai Yarra di Melbourne. Ketinggian jambatan itu adalah 60 meter. Apa agaknya yang membuat lelaki ini membuat perkara yang sangat kejam ini?
Rupa-rupanya, lelaki ini dipercayai terlibat dengan perebutan hak menjaga anak mereka ini. Aku rasa kasihan terhadap anak mereka. Budak itu tidak membuat salah. Walaupun begitu, dia masih sanggup untuk membunuh anaknya. Apabila polis tiba di tempat itu, polis cuba untuk menyelamatkan budak itu dan menghantarnya ke hospital. Dia tidak dapat dipulihkan dan meninggal dunia empat jam setelah dia tiba di hospital itu. Aku harap lelaki ini akan ditangkap supaya dia dapat merasa apa yang anaknya merasai sewaktu dia dilempat ke dalam sungai itu.
Artikel ini boleh dibaca di halaman web ini :
http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,134769,00.html?