Aku telah membaca artikel tentang lelaki ini yang dituduh membunuh anaknya. Aku agak terpegun apabila aku ternampak tajuk artikel ini. Tidak pernah aku nampak seseorang yang terlalu kejam sehingga dia boleh membunuh anaknya sendiri. Artikel ini menceritakan bagaimana lelaki itu membunuh anaknya. Lelaki ini, berusia 36 tahun, telah melempar anak perempuannya ke dalam Sungai Yarra di Melbourne. Ketinggian jambatan itu adalah 60 meter. Apa agaknya yang membuat lelaki ini membuat perkara yang sangat kejam ini?
Rupa-rupanya, lelaki ini dipercayai terlibat dengan perebutan hak menjaga anak mereka ini. Aku rasa kasihan terhadap anak mereka. Budak itu tidak membuat salah. Walaupun begitu, dia masih sanggup untuk membunuh anaknya. Apabila polis tiba di tempat itu, polis cuba untuk menyelamatkan budak itu dan menghantarnya ke hospital. Dia tidak dapat dipulihkan dan meninggal dunia empat jam setelah dia tiba di hospital itu. Aku harap lelaki ini akan ditangkap supaya dia dapat merasa apa yang anaknya merasai sewaktu dia dilempat ke dalam sungai itu.
Artikel ini boleh dibaca di halaman web ini :
http://cyberita.asia1.com.sg/luarnegara/story/0,3617,134769,00.html?
Saya setuju dengan pendapat anda. Lelaki itu sangat kejam dengan perbuatannya terhadap anaknya. Dia ingin mendapat hak menjaga anaknya tetpi dia buat sebaliknya. Bukannya jika dia ingin dapat hak itu dia harus menunjukkan bahawa dia boleh manjaga anak itu? Ianya tidak masuk akal. Lelaki itu patut di tangkap sebagaimana anda rasakan. Tetapi kita harus melihat pada pandnagan lelaki itu mungkin dia buat begitu kerana ada rahsia yang tersembunyi. Tiada ibubapa yang sanggup mencampak/membunuh anak mereka jika ada alasan.
ReplyDeleteLelaki ini tidak ada sifat kemanusiaan langsung yang dia boleh berbuat benda sekejam itu. Saya tidak ada lagi jelasan selain memanggilnya orang yang gila! Memang tidak masuk diakal yang lelaki ini ingin mendapat hak atas anaknya dan selepas it membunuhnya. =/ Orang seperti ini harus dihukum kerana anaknya tidak bersalah sama sekali.
ReplyDeletePertama, saya rasa sangat kasihan terhadap mangsa budak tersebut. Kerana kesilapan ibubapa, dia terpaksa terlibat dan nyawanya telah diancam. Saya juga rasa perbuatan ayahnya untuk membunuh anaknya sendiri itu sungguh tidak masuk akal dan kejam. Hanya seseorang ayah yang bodoh akan mencederakan anaknya sendiri sendangkan ada ramai lagi pasangan diluar yang inginkan seorang anak.
ReplyDelete