Sunday, August 16, 2009

Pengertian Hari Kebangsaan kepada saya






Hari Kebangsaan selalunya disambut pada 9 haribulan Ogos setiap tahun. Tahun ini, saya tidak dapat menyambutnya kerana saya telah ke luar negara pada hari itu. Juga, saya tidak dapat menang tiket untuk menonton perbarisan hari kebangsaan yang diadakan di pentas terapung Marina Bay. Di sekolah juga, saya tidak dapat menyambut hari kebangsaan juga kerana kesemua pelajar menengah empat harus belajar.
Saya rasa bahawa hari kebangsaan membuat rakyat Singapura rasa lebih patriotik. Kesemua rakyat Singapura adalah penting dalam cara-cara mereka sendiri. Semua warga Singapura adalah sama. Juga, pada hari kebangsaan, kita sedar akan kepentingan keharmonian kaum. Tanpa keharmonian kaum, Singapura tidak akan menyambut hari kebangsaan bersama-sama.
Jadi, kita harus sedar betapa penting hari kebangsaan adalah. Tanpa hari kebangsaan, kita tidak akan sedar identiti kita tersendiri dalam negara kita. Akhirnya, yang paling penting adalah untuk berseronok-seronok pada hari kebangsaan bersama ahli keluarga dan kawan-kawan kamu!

Monday, February 23, 2009

Remaja dan jenayah




Semalam, pada waktu perhimpunan sekolah, seorang pegawai polis stesen polis Bedok datang untuk memberikan persembahan tentang remaja yang berjenayah. Persembahan ini telah memberi kesedaran bahawa ramai antara golongan remaja kini membuat jenayah. Akibat penjenayah ini agak teruk.

Dalam persembahan itu juga ada koleksi video tentang remaja-remaja yang telah membuat kesalahan. Ia menunjukkan bagaimana mereka merasai sewaktu dimasuki penjara. Mereka rasa terpencil sewaktu di dalam penjara. Juga, setelah mereka dilepaskan, ia agak susah untuk mereka mencari kerja atau memasuki sekolah di mana-mana pun oleh kerana mereka adalah bekas penjenayah.

Pegawai polis itu juga menunjukkan berbagai jenayah yang dilakukan oleh remaja-remaja. Jenayah yang terbanyak dilakukan oleh remaja-remaja tersebut adalah mencuri di tempat membeli-belah dan membuli orang yang tidak bersalah.

Juga, saya telah membaca artikel tentang seorang lelaki remaja yang telah dibunuh oleh remaja-remaja yang lain. Artikel itu tidak memberitahu mengapa remaja tersebut telah dibunuh. Saya rasa yang remaja lelaki ini tidak bersalah dan tidak patut dibunuh. Ini adalah perbuatan yang sangat kejam. Saya harap remaja-remaja yang telah membunuhi remaja tersebut akan ditangkap.

Penjenayah remaja boleh dijumpa di serata dunia. Saya pernah dengar tentang seorang remaja perempuan bernama Megan Meier yang telah dibunuh akibat dibuli secara cyber. Ini harus diberhentikan. Saya harap sekarang, remaja-remaja akan fikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan jenayah.

Sunday, February 15, 2009

Artikel yang saya telah membaca





Saya telah membaca artikel yang bertajuk Adat Melayu pantang cakap patah-mematah, pantang bicara cerca-mencerca. Artikel ini berbicara tentang adat-adat melayu pada generasi ini. Penulis artikel ini telah menulis tentang sopan-santun orang melayu sewaktu mereka bercakap. Ia mendorong kami untuk bercakap dengan sopan santun.

Artikel ini juga memberi informasi tentang cara-cara untuk berbual dengan cara teratur. Orang melayu harus berhenti berbual seperti tin kosong. Bahan percakapan kami harus ada isi yang penting. Artikel ini boleh dijumpa di lelaman web ini : http://cyberita.asia1.com.sg/printfriendly/0,3627,StoryPage-storydisplay-40000-135378,00.html

Artikel korban kebakaran hutan Australia.



Saya telah membaca artikel di halaman web cyberita tentang 84 korban akibat kebakaran hutan di Australia. Kebakaran tersebut berpunca daripada perbuatan khianat. Saya rasa sedih kerana ramai orang yang terbunuh akibat kebakaran ini. Menurut kata Perdana Menteri Australia kebakaran ini adalah kebakaran yang terburuk dalam tempoh 30 tahun dan mengakibatkan kemusnahan besar di tenggara Australia.

Tidak sangka bahawa kebakaran hutan yang boleh berlaku secara tidak sengaja boleh membunuhi ramai orang. Orang-orang ini juga bukannya bersalah. Kebakaran ini telah berlaku di kawasan Sydney di Australia.

Sunday, February 8, 2009

Azam saya.



Azam saya pada tahun ini. Tahun ini adalah tahun yang sangat kritikal bagi saya. Saya ada peperiksaan Os. Saya tahu bahawa peperiksaan ini akan menentukan masa hadapan saya. Kerana itu, azam saya adalah untuk mendapat keputusan Os yang baik iaitu dibawah lima belas.

Untuk mendapat keputusan itu, saya sudah membuat cadangan untuk pergi ke perpustakaan setiap hari Ahad untuk belajar. Apabila saya di rumah, saya tidak dapat fokus kepada apa yang saya sedang mempelajari. Saya juga tanya kawan-kawanku untuk menerangkan soalan-soalan yang saya tidak faham. Dari situ, saya harap saya boleh memperbaiki markah perlajaran saya.

Persembahan di Sekolah Menengah Anglican High




Pada haribulan 16 Januari, aku dan rakan-rakan dari band dijemput untuk menonton konsert di Sekolah Menengah Anglican High. Konsert ini diadakan untuk mengumpul danah untuk membeli instrumen baru untuk band sekolah mereka. Sebelum aku ke sekolah itu, aku menunggu rakan-rakanku di stesen MRT Tanah Merah.

Hanya sekumpulan sahaja yang sudah tiba di tempat yang disetujukan. Yang lain tiba agak lambat. Kami bersetuju untuk jalan ke sekolah itu. Agak jauh perjalanannya. Rakan-rakanku berlawak sambil berjalan. Sewaktu kami tiba di sekolah itu, kami perasan bahawa ada ramai orang akan menonton konsert mereka. Setelah kami mengambil tempat duduk, konsert itu pun bermula.

Konsertnya agak menarik. Aku harap band di sekolah kami dapat mengadakan konsert yang boleh ditonton oleh orang ramai.

Perayaan Tahun Baru Cina



Pada haribulan 23 Januari, sekolah aku telah menyambut perayaan tahun baru cina. Sekolah aku telah mengadakan konsert untuk menyambut perayaan ini.

Aku terlibat dengan persembahan band. Kami harus belajar lagu tahun baru cina untuk persembahan tersebut. Pada hari itu, seluruh band bermain lagu " Sun Dancing ", " Sock Hop " dan satu lagu tahun baru cina. Lagu " Sun Dancing " adalah lagu pilihan kami untuk pertandingan SYF. Sewaktu kami main lagu " Sock Hop " kami bersiap sedia untuk berjoget sambil bermain. Bila kami bermula untuk berjoget, seluruh sekolah memenuhi dengan sorakan. Kami rasa sungguh seronok setelah memyembahkan persembahan kami.

Aku hanya sempat untuk menonton persembahan joget melayu. Joget mereka sungguh indah. Setelah menunggu semua persembahan untuk selesai, semua yang terlibat dalam konsert tahun baru cina dijemput untuk bernyanyi untuk penghabisan konsert itu.

Hari itu sungguh menyeronokkan. Aku tidak akan lupa pengalaman ini.