Sunday, February 8, 2009

Persembahan di Sekolah Menengah Anglican High




Pada haribulan 16 Januari, aku dan rakan-rakan dari band dijemput untuk menonton konsert di Sekolah Menengah Anglican High. Konsert ini diadakan untuk mengumpul danah untuk membeli instrumen baru untuk band sekolah mereka. Sebelum aku ke sekolah itu, aku menunggu rakan-rakanku di stesen MRT Tanah Merah.

Hanya sekumpulan sahaja yang sudah tiba di tempat yang disetujukan. Yang lain tiba agak lambat. Kami bersetuju untuk jalan ke sekolah itu. Agak jauh perjalanannya. Rakan-rakanku berlawak sambil berjalan. Sewaktu kami tiba di sekolah itu, kami perasan bahawa ada ramai orang akan menonton konsert mereka. Setelah kami mengambil tempat duduk, konsert itu pun bermula.

Konsertnya agak menarik. Aku harap band di sekolah kami dapat mengadakan konsert yang boleh ditonton oleh orang ramai.

2 comments:

  1. Saya telah ke konsert Orkid park saya rasa band orkid park lebih baik walaupun tidak ramai penonton sebagai di anglican high. saya juga harap band sekolah kita akan adakan konsert.

    ReplyDelete
  2. Tidak dapat saya lupakan pengalaman itu! Saya harap kita dapat membuat konsert sendiri (: SILVER untuk SYF!:D

    ReplyDelete