Semalam, pada waktu perhimpunan sekolah, seorang pegawai polis stesen polis Bedok datang untuk memberikan persembahan tentang remaja yang berjenayah. Persembahan ini telah memberi kesedaran bahawa ramai antara golongan remaja kini membuat jenayah. Akibat penjenayah ini agak teruk.
Dalam persembahan itu juga ada koleksi video tentang remaja-remaja yang telah membuat kesalahan. Ia menunjukkan bagaimana mereka merasai sewaktu dimasuki penjara. Mereka rasa terpencil sewaktu di dalam penjara. Juga, setelah mereka dilepaskan, ia agak susah untuk mereka mencari kerja atau memasuki sekolah di mana-mana pun oleh kerana mereka adalah bekas penjenayah.
Pegawai polis itu juga menunjukkan berbagai jenayah yang dilakukan oleh remaja-remaja. Jenayah yang terbanyak dilakukan oleh remaja-remaja tersebut adalah mencuri di tempat membeli-belah dan membuli orang yang tidak bersalah.
Juga, saya telah membaca artikel tentang seorang lelaki remaja yang telah dibunuh oleh remaja-remaja yang lain. Artikel itu tidak memberitahu mengapa remaja tersebut telah dibunuh. Saya rasa yang remaja lelaki ini tidak bersalah dan tidak patut dibunuh. Ini adalah perbuatan yang sangat kejam. Saya harap remaja-remaja yang telah membunuhi remaja tersebut akan ditangkap.
Penjenayah remaja boleh dijumpa di serata dunia. Saya pernah dengar tentang seorang remaja perempuan bernama Megan Meier yang telah dibunuh akibat dibuli secara cyber. Ini harus diberhentikan. Saya harap sekarang, remaja-remaja akan fikir dahulu sebelum membuat keputusan untuk melakukan jenayah.
No comments:
Post a Comment