Sunday, February 15, 2009

Artikel korban kebakaran hutan Australia.



Saya telah membaca artikel di halaman web cyberita tentang 84 korban akibat kebakaran hutan di Australia. Kebakaran tersebut berpunca daripada perbuatan khianat. Saya rasa sedih kerana ramai orang yang terbunuh akibat kebakaran ini. Menurut kata Perdana Menteri Australia kebakaran ini adalah kebakaran yang terburuk dalam tempoh 30 tahun dan mengakibatkan kemusnahan besar di tenggara Australia.

Tidak sangka bahawa kebakaran hutan yang boleh berlaku secara tidak sengaja boleh membunuhi ramai orang. Orang-orang ini juga bukannya bersalah. Kebakaran ini telah berlaku di kawasan Sydney di Australia.

1 comment:

  1. kebakaran berlaku kerana khianat? saya ingatkan kebakaran berlaku kerana suhu terlalu tinggi. Orang yang terlibat begitu kasihan.

    ReplyDelete